Friday 14 January 2005

Kembalilah Sayang

Sememangnya teguran dalam "entry" kali ini hanyalah sebagai peringatan daripada seorang Muslim utk seorang Muslim. Seperti ubat, ia pahit untuk ditelan tetapi baik buat diri yang mengambilnya. Kita semua tidak jauh daripada kelalaian, malah itu adalah sifat manusia yang tidak dapat kita nafikan. Maka, diharapkan, sambutlah salam/sahutan ini dan pupuklah iman, betapa kecil pun langkah yang kamu ambil, ianya dikira/dilihat oleh Allah. Jgn malu utk menghadapkan diri kepada Allah, sujudlah kepadaNya, panjatkanlah doa dan pohonlah keampunan selagi pintu taubat masih terbuka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Petikan dibawah ini diambil daripada user dzulrena. Pilu hati bila membaca, hati bergelodak tak terkira. Teringat syarahan-syarahan Ustaz Tengku Fauzi, sama menyengat sama memberi keinsafan. Semoga ia menjadi suatu peringatan buat mu juga, saudara saudaraku.

Rasulullah(saw) bersabda" Ballighu anni walau ayat"
(makna: Sampaikanlah(pesanku) walau satu ayat).
Kerana itu, artikel di bawah ini ada di dalam ruang "entry". Sesungguhnya yg baik datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada Saofiah sendiri, tapislah yang keruh dan ambil lah yang jernih.
(Yes tis is me typin, all the Malay stuff above, not kiddin)

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Wahai Muslimin dan Muslimat..BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir?.. tanda-tanda qiamat sudah
banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai dikalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6?.tidak lebih daripada itu.

Wahai Muslimin Muslimat!!
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian
melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)?
Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku diakhir zaman sebelum hari qiamat?. Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya.

Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun
ini dan buatlah persiapan untuknya? JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA. Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan
mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu
Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat
Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari) Rasulullah SAW bersabda:"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang
amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun
kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu
sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan
syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina
di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para
sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau
GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Wahai Muslimin Muslimat! APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!!
BERINGATLAH!! KEMBALILAH KEPADA ISLAM?.JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH! Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!! Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI,TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup Sehingga ke akhir hari ini??

Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT. Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar
dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka),
BERTAUBATLAH!!
TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!

Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!! Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan. Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH?apa yang Kalian
dah buat??

Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim?.memang muka tak malu!!

Bagi para muslimin? Di manakah solat berjemaah anda di
masjid-masjid, surau-surau & rumah-rumah?.adakah kalian masih terus nak jadi muslim yang tak guna & mementingkan diri sendiri??

Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu? Didiklah
anak-anak kalian!! kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, bukan sekadar membuat & menternak anak-anak!! jadikanlah mereka sebagai anak yang soleh & solehah. pada masa yang sama, kalian juga wajib menunjukkan contoh pada mereka sebagai muslim, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah
agama.

Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dari rumah. [36.11] Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan Mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut Ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

No comments :

Post a Comment